Doa Seorang Berpuasa

  • Ramadan merupakan peluang yang amat berharga bagi seorang Muslim untuk mendekatkan dirinya kepada Allah (s.w.t.).  Kerana bulan yang mulia ini, adalah bulan anugerah di mana Allah (s.w.t.) telah membuka luas pintu rahmat dan kasih sayang-Nya.
  • Diantara amalan yang digalakkan di bulan Ramadan adalah berdoa. Ini kerana, berdoa itu adalah sebuah ibadah yang amat tinggi nilainya di sisi Allah (s.w.t.). Doa itu sifatnya khusus dan amat peribadi, ianya mengukuhkan keyakinan serta hubungan seorang hamba dengan Tuhan yang Maha Pencipta.