A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Iman Dan Sabar

  • Iman tidak meningkat dengan hanya berniat baik atau berfikiran positif. Iman juga dapat dipertingkat dan diperteguhkan dengan usaha dan amal kebajikan yang berterusan serta tabah dan sabar mengharungi cabaran-cabaran hidup. Hakikat hidup ini memerlukan kesabaran. Segala aspek kehidupan kita sebenarnya memerlukan kesabaran. Dari hal yang bersifat ibadah sehinggalah kepada urusan kehidupan seharian, kita perlu bersabar.

     

  • Walaupun kita perlu bertahan dan bersabar di dalam mengharungi cabaran hidup, ia tidak menafikan keperluan untuk meluahkan perasaan sedih dan bungkam di dalam hati. Dengan meluahkan rasa duka, ia bukan petanda seseorang itu lemah atau berputus asa. Bahkan itulah usahanya untuk terus kekal tabah dalam mengharungi cabaran hidupnya. Dengan meluahkan isi hati, dia mendapat maklum balas dan nasihat yang berguna untuk dijadikan pedoman. 

     

  • Justeru, dalam keadaan kita yang masih berhadapan dengan situasi yang tidak menentu, perlu lah kita sentiasa bersabar dan berbaik sangka dengan Allah. Sudah pasti ada hikmah di sebalik ujian yang menimpa. Seterusnya berkongsilah dengan ahli keluarga atau kenalan rapat tentang tekanan atau masalah yang dihadapi, jika perlu. Dengan cara itu, insyaAllah bebanan jiwa akan dapat terlerai dan kembali positif.