Persiapan Hari Akhirat dan Kepentingan Kesucian Hati

  • Ketakwaan tidak hanya diucapkan dengan lisan. Akan tetapi ia dibuktikan melalui amalan yang tulus kerana Allah. Begitulah ikrar kita pada setiap pembukaan solat.
  • Allah s.w.t. menceritakan tentang hari akhirat. Hari perhitungan. Hari di mana segala pangkat, harta dan kekayaan dan juga kesenangan hidup yang kita kecapi di dunia ini, tidak mampu untuk memberi sebarang kemanfaatan di hadapan Tuhan kelak. Melainkan seorang insan yang datang menghadap Allah esok, dengan hati yang bersih, hati yang suci.
  • Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa sekiranya seorang insan itu mengenali hatinya, dia akan mengenali dirinya yang sebenar, dan itu akan mendorongnya untuk mengenali Tuhan. Akan tetapi sekiranya seseorang itu tidak mengenali hatinya, maka beliau tidak akan mengenali dirinya, yang bakal mengakibatkan dirinya lalai akan Tuhan.