Perancangan Kebajikan Diri Untuk Hari Muka

Sesungguhnya usia mengejar kita setiap hari. Tubuh badan yang sihat dan kuat sekarang ini akan menjadi lemah dek dimamah usia. Oleh itu, adalah penting untuk kita memanfaatkan masa dan usia kita dengan sebaiknya.

Kita perlu melantik ahli keluarga atau pengamanah secara rasmi atau bertulis.

Dengan perancangan awal, mereka yang dilantik dapat mengurus keperluan kita sesuai dengan cara yang diinginkan. Mereka juga dapat bertindak bagi pihak kita secara langsung apabila kita hilang keupayaan untuk membuat keputusan.