Kalimah Syahadah - Membentuk Identiti Muslim Sejati

  • Dua kalimah syahadah itu bermaksud perkhabaran tentang membenarkan dengan hati. Dan apabila kita berbicara tentang soal hati. Sudah pastinya ia tidak cukup dengan sekadar lidah yang berkata. Bahkan ia memerlukan lidah, tingkahlaku dan cara pemikiran kita untuk berkerjasama dan menterjemahkannya dari hati kita ke amalan ibadah kita.
  • Kita sebagai pengikut Rasulullah (s.a.w) harus meletakkan baginda sebagai contoh di dalam kehidupan kita. Bukan sahaja dari aspek amal ibadah kita. Akan tetapi maksud ‘kebaikan akhlak’ itu luas. Ia merangkumi cara kita berinteraksi sesama insan, cara kita mensyukuri nikmat-nikmat Allah (s.w.t) dan  bagaimana kita memanfaatkannya juga.