A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Allah Bersama Meraka yang Bersikap Ihsan

  • Ihsan bermaksud kebaikan yang dilakukan kepada sesiapa sahaja yang berada disekeliling seseorang. Sama ada manusia, binatang, malah kepada negara dan juga alam sekitar.

     

     

  • Dengan sifat keihsanan ini, ia akan melahirkan sikap prihatin dalam diri kita akan keadaan masyarakat. Kita juga turut berusaha untuk menghilangkan segala bentuk kemudaratan yang dapat menjejas kehidupan manusia seluruhnya. Sifat keihsanan seperti ini bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan seseorang, tetapi ia juga dapat mendorong orang lain untuk memupuk sifat keihsanan dalam dirinya.

     

     

  • Sejak penularan wabak berlaku di Singapura, kita menyaksikan pelbagai usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh masyarakat kita. Masyarakat kita bersatu padu berusaha menyokong antara satu sama lain, seperti menghargai jasa petugas barisan hadapan, membuat penyesuaian dalam pekerjaan dan amal ibadah kita demi menjaga kemaslahatan umum.