Membentuk Kekuatan Rohani

  • Amalan kerohanian dalam kehidupan orang yang beriman boleh membentuk sikap positif di kalangan masyarakat. Kerana itu, Allah s.w.t. menyifatkan orang yang beriman sebagai mereka yang sentiasa menyebarkan kebaikan di kalangan masyarakat. 
  • "ketahuilah, dan sesungguhnya di dalam tubuh ini ada segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota tuubuh, dan sekiranya rosak, maka rosaklah seluruh anggota tubuh. Ketahuilah, ia adalah hati." - Hadith Riwayat Imam al-Bukhari. 
  • Hati yang baik adalah hati yang beristiqamah dalam ketaatan, hati yang baik adalah hati yang selalu dihiasi dengan keimanan, ia sentiasa diisi dengan cinta dan kasih sayang. Hati yang baik juga adalah hati yang dapat perlindungan daripada Allah s.w.t.