A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Keberkatan Pada Usia Lanjut

  • Kita hari ini menggelarkan mereka yang telah lanjut usianya sebagai warga emas. Ini merupakan suatu gelaran yang amat sesuai kerana pada hakikatnya orang yang telah lanjut usianya mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman tentang kehidupan.

     

  • Kelanjutan usia tidak seharusnya dilihat sebagai peringkat kehidupan yang penuh dengan kemuraman, kesunyian dan kesedihan. Bahkan ia adalah peringkat kehidupan yang berpotensi membawa makna, ketenangan serta kebahagiaan.

     

     

  • Sebagai seorang yang mapan dan berpengalaman dalam berkeluarga, warga emas mempunyai peranan penting dalam berkongsi nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang positif lagi membina bagi khususnya keluarga terlebih dahulu dan kemudian pada masyarakat.