Berkongsi Nikmat dan Kemudahan Bersama

  • Antara nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita adalah nikmat harta, nikmat kesihatan, nikmat ilmu, nikmat terselamat daripada musibah, nikmat keamanan serta kemakmuran dan sebagainya.

  • Ketahuilah bahawa Allah s.w.t mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita sebagai bukti kebesaran dan kekuasaan-Nya. Nikmat itu juga menunjukkan sifat rahmah-Nya kepada kita demi memudahkan segala urusan kehidupan di dunia. Ia juga sebagai satu ujian keimanan serta kesabaran bagi seseorang hamba. Menguji sejauh mana kita mensyukuri nikmat yang dimiliki dan memanfaatkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t.

  • Agama ini mendorong setiap individu untuk berinfaq dan menghulurkan bantuan, kerana sebagaimana ada yang diuji Allah dengan harta, ada pula yang diuji tuhan dengan kekurangan harta.  Terdapat saudara kita yang mengalami kepayahan dan kesulitan dalam kehidupan seharian mereka. Mereka yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan dan tiada siapa yang dapat membantu mereka baik dari sudut kewangan, pendidikan ataupun peluang pekerjaan.